CHANDRA : SIAP SIAPA PANTAU, KAWAL LORONG TIKUS PATI

TAWAU: Semua anggota penguatkuasa perlu sentiasa bersiap siaga dan menggandakan usaha memantau serta mengawal lorong tikus yang sentiasa digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk memasuki negara ini secara haram.

Peringatan itu diberikan oleh Ketua Staf Bahagian Operasi Darat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Senior Asisten Komisioner (SAC) M Chandra menerusi Majlis Penutupan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Dewan Felda Resort, Kalabakan, di sini, semalam.

Chandra berkata, anggota penguatkuasa juga harus sentiasa menjaga imej dan integriti diri serta nama baik pasukan keselamatan.

“Anggota penguatkuasa perlu mengekaj daripada terlibat dalam aktiviti rasuah dan penyelewengan yang boleh menghancurkan negara ini.

“Semua elemen negatif ini perlu dijauhi kerana ia boleh merosakkan nama baik serta imej anggota penguatkuasa,” katanya.

LDP adalah program anjuran ESSCOM dengan kerjasama Polis Bantuan Felda Sahabat berkaitan dengan integriti dan penguatkuasaan undang-undang.

Program dihadiri 51 pegawai dan anggota penguatkuasa membabitkan Polis Bantuan Felda, petugas RCP Kalabakan, petugas rondaan sempadan daripada anggota tiger platun pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 dan anggota daripada Balai Polis Kalabakan.

Ia bertujuan bertujuan menerapkan dan membudayakan nilai dan jati diri yang tinggi kepada setiap pegawai dan anggota penguatkuasa, selain mengelak daripada aktiviti rasuah dan salah guna kuasa.

Sebanyak tiga slot ceramah telah disampaikan dalam LDP berkenaan yang disampaikan oleh wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ricard Hii Ding Ying; Timbalan Ketua Staf Operasi Darat ESSCOM, ACP Shivananthan dan Chandra.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *