KOTA KINABALU: Seramai 60 lagi pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini sebanyak 5,706 atau 81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang mediannya di Putrajaya, hari ini, turut memaklumkan sebanyak 31 lagi kes baharu dicatatkan.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan di negara ini, setakat ini, sebanyak 7,009 kes.
Mengambil kira kes yang sudah sembuh, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah sebanyak 1,189 kes.
Noor Hisham berkata, kes baharu yang dicatatkan hari ini terdiri daripada 10 kes import dan 21 penularan tempatan dan daripada jumlah jangkitan tempatan itu, 10 kes membabitkan warga asing manakala 11 kes membabitkan warganegara Malaysia.
Seramai 11 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 114 kes.-http://beritasabah.com

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ