Pesakit lumpuh kemalangan berterima kasih atas keprihatinan Ahli Parlimen Tuaran

Seorang pesakit lumpuh dalam satu tragedi kemalangan empat tahun lalu menerima kunjungan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Raymond Maul ketika ditemui terlantar di atas katil di kediamannya di Kampung Kionsom Tamparuli.

Madius dalam status facebooknya berkata, beliau singgah untuk melihat keadaan Raymond sebelum melawat mangsa kebakaran di Pekan Nabalu.

“Ini adalah saudara Raymond Maul. Dia mengalami tragedi kemalangan jalan raya yang agak teruk 4 tahun yang lalu.

“Agak parah, puji Tuhan dia terselamat. Namun kemalangan itu mengakibatkan dia lumpuh. Tapi saya begitu kagum dengan semangat dan ketabahannya,” katanya dalam status tersebut.

Pada kunjungan itu, Madius turut menyampaikan sumbangan wang ringgit untuk membantu meringankan beban Raymond sekeluarga.

Sementara itu, Raymond berterima kasih atas kunjungan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu.

“Kami sangat menghargai kehadiran dan sumbangan yang diberikan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *