COVID-19 : SABAH BERTAMBAH TIGA KES HARI INI

KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatat pertambahan tiga lagi kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan setakat ini sebanyak 392 kes.

Statistik yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau, sebentar tadi, menyaksikan pertambahan itu berlaku masing-masing dicatatkan di Lahad Datu, Penampang dan Tambunan.

Negeri ini pada hari ini juga menyaksikan satu lagi kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh dan discaj kini seramai 374 orang.

Ini bermakna jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini sebanyak 11 kes dan jumlah daerah yang dikategorikan sebagai zon kuning juga meningkat menjadi enam.

Daerah terbabit ialah Penampang yang kini mencatat empat kes aktif, Kota Kinabalu sebanyak tiga kes dan Tawau, Sandakan serta Papar masing-masing mencatat satu kes aktif.

Dalam pada itu, tiada kematian akibat jangkita wabak itu dicatatkan hari ini dengan jumlah kes kematian di Sabah kekal sebanyak tujuh kes.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatat kes Covid-19 selepas Kuala Lumpur yang mencatat 2,466 kes, Selangor (2,119), Negeri Sembilan (1,028), Johor (737), dan Sarawak (675).-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *