KOTA KINABALU, 13 April — Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 158 kes iaitu meningkat sebanyak 8 kes berbanding semalam (150).
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Kota Kinabalu melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 42, diikuti oleh Sandakan (24), Papar (15) dan Penampang (13).
Sementara itu, peratusan jumlah kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik juga menunjukkan peningkatan iaitu 65 peratus (%) berbanding semalam (62.7%)
Bagaimanapun, tiada kluster baharu dilaporkan hari ini.
Dalam pada itu, sebanyak 149 daripada 158 kes baharu hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2, Lima (5) kes dalam Kategori 3, tiga (3) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam kategori 5.
Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara serius bagi mengekang penularan virus dalam komuniti.

More Stories
Covid-19: Trend tempahan slot vaksinasi diteliti
Tiada bukti kukuh sokong dakwaan air berkarbonat boleh diuji positif COVID-19 – MDA
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini