KOTA KINABALU, 23 April – Sabah kembali meneruskan trend penurunan jangkitan baharu kepada ‘zon stabil’ dua angka dengan 65 kes, menurun sebanyak 84 kes berbanding semalam (149 kes).
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, hanya Kota Kinabalu yang melaporkan kes dua angka iaitu 20 kes, diikuti Papar (9), penampang (6) dan Kota Marudu (5).
Manakala, sepuluh daerah merekodkan angka sifar jangkitan baharu iaitu di Beluran, Kunak, Lahad Datu, Pitas, Putatan, Ranau, Sipitang, Tambunan, Telupid dan Tongod.
Sementara itu, tidak ada tambahan kepada jumlah kes positif dikalangan pelajar di Kluster SM Sains Lahad Datu setakat ini.
Dalam pada itu, sebanyak 60 daripada 65 kes baharu hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2 manakala masing-masing dua (2) kes dalam kategori 3 dan 5, serta satu (1) dalam kategori 4.
Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara serius bagi mengekang penularan virus dalam komuniti.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ