KOTA KINABALU, 23 April – Lebih sebulan selepas kluster baharu terakhir dilaporkan, kini Sabah kembali mengesan kluster baharu Covid-19 membabitkan sebuah sekolah di Lahad Datu.
Menurut Menteri Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, kluster baharu melibatkan SM Sains Lahad Datu dan telah merekodkan 39 kes setakat semalam.
Beliau berkata jumlah itu adalah antara 149 kes baharu Covid-19 di negeri ini,
“Ini merupakan peningkatan 64 kes baharu daripada 85 kes pada Khamis,” katanya.
Beliau berkata daripada kes ini, 141 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2.

More Stories
Covid-19: Trend tempahan slot vaksinasi diteliti
Tiada bukti kukuh sokong dakwaan air berkarbonat boleh diuji positif COVID-19 – MDA
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini