COVID-19 : Sabah mencatatkan 58 kes baharu hari ini

KOTA KINABALU, 18 April – Sabah meneruskan trend penurunan jangkitan baharu dalam tempoh tiga hari berturut iaitu 58 kes berbanding semalam (69).

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Kota Kinabalu melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 22 kes, diikuti oleh Penampang (9), Papar (5) dan Sandakan (4).

Walaupun kes harian di Sabah menurun, tetapi peratusan jumlah kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu 62 peratus (%) daripada jumlah keseluruhan kes hari ini.

Bagaimanapun, KKM telah mengisytiharkan kluster tamat sepenuhnya di Sabah.

Dalam pada itu, sebanyak 54 daripada 58 kes baharu hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2 manakala dua (2), satu (1) dalam kategori tiga, dua (2) kes dalam kategori 4 dan satu (1) dalam kategori 5.

Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara serius bagi mengekang penularan virus dalam komuniti.