KOTA KINABALU, 4 April – Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 140 kes iaitu menurun sebanyak 27 kes berbanding semalam (167).
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Kota Kinabalu melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 37, diikuti oleh Tuaran (21), Tenom (13) dan Penampang (12).
Sementara itu, peratusan jumlah kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik kembali meningkat kepada 55 peratus (%) jumlah keseluruhan kes hari ini berbanding semalam (43%).
Bagaimanapun, tiada kluster baharu dilaporkan hari ini.
Dalam pada itu, sebanyak 135 kes bersamaan dengan 96.43 peratus daripada 140 kes hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2, empat (4) kes dalam kategori 4, satu (1) kes dalam kategori 5 manakala tidak ada kes baharu direkodkan dalam kategori 3.
Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara serius bagi mengekang penularan virus dalam komuniti.

More Stories
Covid-19: Trend tempahan slot vaksinasi diteliti
Tiada bukti kukuh sokong dakwaan air berkarbonat boleh diuji positif COVID-19 – MDA
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini