COVID-19: Sabah merekodkan 416 kes baharu hari ini

KOTA KINABALU, 21 Mac — Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 416 kes iaitu meningkat sebanyak 77 kes berbanding semalam (339).

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Kota Kinabalu melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 137, diikuti oleh Papar (27), Tuaran (32) dan Beaufort (19).

Bagaimanapun, tiada kluster baharu dilaporkan hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 408 kes bersamaan dengan 98.08 peratus daripada 416 kes hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2, empat (4) kes dalam kategori 3, satu (1) kes dalam kategori 4 dan tiga (3) kes dalam kategori 5.

Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara serius bagi mengekang penularan virus dalam komuniti.