KOTA KINABALU, 23 Mac – Sabah mencatatkan angka jangkitan baharu sebanyak 388 kes iaitu menurun sebanyak 14 kes berbanding semalam (402).
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Kota Kinabalu melaporkan kes tertinggi iaitu sebanyak 91 kes, diikuti oleh penampang (50), Tuaran (28) dan Keningau (26).
Sementara itu, peratusan jumlah kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik menunjukkan penyusutan namun kekal tinggi iaitu 55.15 peratus (%) daripada jumlah keseluruhan kes hari ini.
Bagaimanapun, tiada kluster baharu dilaporkan hari ini.
Dalam pada itu, sebanyak 386 daripada 388 kes baharu hari ini adalah dalam kategori 1 dan 2, tiada kes dilaporkan dalam Kategori 3 dan 5, manakala dua (2) kes dalam Kategori 4.
Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara serius bagi mengekang penularan virus dalam komuniti.

More Stories
Covid-19: Trend tempahan slot vaksinasi diteliti
Tiada bukti kukuh sokong dakwaan air berkarbonat boleh diuji positif COVID-19 – MDA
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini