SANDAKAN: Cubaan sebuah bot menyeludup masuk secara haram 330,000 batang rokok gagal apabila barangan itu dirampas dalam kejadian di Kampung Bakau, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, Pasukan Polis Marin (PPM) melancarkan Ops Gelora Khas selepas menghidu aktiviti penyeludupan rokok tidak bercukai, sebelum terserempak dengan sebuah bot.
Pegawai Pemerintah PPM Sandakan, Deputi Superintendan Rusdin Banin, berkata berlaku kejar mengejar apabila sepasukan pegawai dan anggota memperkenalkan diri sebagai polis dan juragan bot bertindak memecut bot ke kawasan cetek lalu melarikan diri ke bakau.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas bot menemui 330,000 batang rokok jenama Astro Merah yang dipercayai tidak bercukai.
“Nilai rokok termasuk cukai dianggarkan berjumlah RM239,580.
“Turut dirampas adalah sebuah bot kayu dan dua unit enjin sangkut dianggarkan bernilai RM55,000,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rusdin berkata, barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK