[ad_1]
CVR itu ditemui pasukan penyelam Tentera Laut Indonesia dalam operasi menggunakan kapal KRI Spica-934, di kedalaman 30 meter di koordinat 05 48 46,503 Selatan – 107 07 36,728 Timur di Perairan Tanjung Kerawang.
Menurut Ketua Operasi itu, Left Kol Agung Nugroho, CVR tersebut ditemui pasukan penyelam pada 9.10 pagi tadi dan akan diserahkan kepada Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) untuk tindakan lanjut.
“CVR itu ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan perakam data penerbangan (FDR) pada 1 November tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Penerbangan Lion Air JT610 yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta jam 6.20 pada 29 Okt tahun lepas.
Pada 28 Nov tahun lepas, KNKT dalam laporan awal siasatan nahas itu mengesahkan bahawa pesawat berkenaan telah mengalami masalah teknikal beberapa hari sebelum berlakunya tragedi yang mengorbankan 189 nyawa.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Seramai 650 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang dari sandakan
Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung
Dakwa warga China kerja tanpa permit, pengusaha pelancongan tempatan di Semporna lapor polis