[ad_1]
SERDANG, 14 Jan (Bernama) – Kementerian Pendidikan menggariskan lima inisiatif dan sembilan intervensi bagi mengurangkan beban tugas guru, yang mula dilaksanakan Januari tahun ini.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kesemua inisiatif itu diperkenalkan memastikan proses pengajaran yang mementingkan guru-guru mengajar dan bekerja dengan gembira dan bukannya menjadikan pekerjaan mulia itu sesuatu yang menyeksa dan membebankan.
“Kementerian akan berusaha mengembalikan guru kepada tugas mendidik serta mengajar dengan memansuhkan tugas-tugas perkeranian yang didapati mengganggu tugas utama guru sebelum ini,” katanya ketika menyampaikan amanat “Pendidikan Untuk Semua, Tanggungjawab Semua” di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
…..
[ad_2]
More Stories
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 30 Mac
PGA rampas barang seludup RM2.4 juta
Sandakan, Beluran, Pitas disytihar banjir