Debat Perdana akan berlangsung tiga hari lagi

Oleh: Cyn J

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Tiga hari lagi akan berlangsungnya Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi kenyataan media bersama, mereka telah mengadakan perbincangan dan mencapai satu persetujuan berkaitan tempat penganjuran Debat Perdana.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk memilih Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur sebagai lokasi penganjuran debat tersebut pada 12 Mei 2022, pukul 9 malam,” jelas kenyataan itu.

Debat Perdana tersebut akan disiarkan secara langsung oleh media rasmi melalui saluran TV dan media sosial yang akan diumum kemudian.

Sehubungan dengan itu, kedua-dua pihak berharap Debat Perdana pada Khamis ini akan berlangsung dengan sempurna.