DIDATANGI INDIVIDU TIDAK DIKENALI, MASIUNG BUAT LAPORAN POLIS

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, hari ini, bertindak membuat laporan polis hari ini selepas mendakwa rumahnya didatangi sekumpulan individu tidak dikenali.

Menurutnya, tindakannya membuat laporan itu adalah atas tujuan keselamatan selepas berlakunya unsur ugutan dalam kejadian berkenaan.

Katanya, dalam kejadian jam 2 petang Isnin lalu, kediamannya di kawasan Kepayan, di mana kumpulan individu berkenaan hadir dengan menaiki beberapa kenderaan untuk mencarinya di rumah.

“Ketika itu, saya tidak berada di rumah kerana sedang membeli kelengkapan barang untuk ke kawasan di Kuamut. Tidak kenal, saya tidak berapa pasti siapa sebenarnya datang.

“Tapi yang pastinya dia bukan kenalan kitalah (saya), bukan kawan kita, saya tidak pasti dia poliskah atau orang awamkah dan siapa-siapa,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Masiung yang juga wakil rakyat dari Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, ketika insiden itu, isteri beliau yang berada di rumah dikatakan didatangi salah seorang daripada individu terbabit dan bertanya keberadaan beliau dengan keadaan mencurigakan.

“Apa yang membimbangkan individu itu ada mengeluarkan perkataan kurang menyenangkan dan seolah-olah mengugut selepas menyedari ketiadaannya di rumah ketika itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan laporan dibuat Masiung dan siasatan akan dilakukan berhubung kejadian berkenaan.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *