KERETA MASUK PARIT, SUAMI ISTERI SELAMAT

PAPAR: Pantang maut sebelum ajal, itulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam parit besar di Kilometer 24, Jalan Papar Lama – Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, pemandu lelaki berusia 49 tahun dan isterinya 39 tahun dikatakan bergerak dari Kinarut menuju ke Kampung Kawang, di sini.

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, keadaan hujan lebat menyebabkan kenderaan Proton Saga mereka tiba-tiba hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit besar di kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan berikutan hujan lebat.

Katanya, sebaik terjunam ke dalam parit, pemandu bersama isterinya berjaya keluar dari kenderaan itu dengan bantuan orang awam.

“Kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan serius.

“Kes itu disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *