Yusof (2 dari kiri) dan Benjamin (kiri) semasa melawat salah satu kenderaan modal terbaharu, iaitu Haval yang dipamerkan di ekspo berkenaan.
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yaacob telah mengunjungi Ekspo Edisi Ke-2 Sabah Auto World 2019 anjuran Impact Zone.
Dr. Yusof yang meluangkan masa kira-kira satu jam d ekspo itu tertarik dengan penganjuran itu yang mempamerkan pelbagai modal terbaharu pelbagai kenderaan di Kompleks Karamunsing yang dilangsungkan selama tiga hari dari 9 hingga 11 Ogos 2019.
Ketibaan Dr Yusof disambut oleh Pengerusi Penganjur, Benjamin Lo dan, beliau menjemput orang awam supaya datang beramai-ramai ke ekspo itu yang berakhir pada Ahad.
“Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi ekspo ini untuk mendapatkan tawaran promosi khas yang hanya berlaku disini di Auto World Expo sambil melihat lebih dekat pelbagai jenama kenderaan terbaharu,” katanya.
Benjamin berkata, terdapat juga banyak aktiviti diadakan termasuk sudut kanak-kanak, hash tag ais krim percuma dan Arissto coffee serta persembahan oleh pelajar Sabah Institute of Art.

More Stories
Cradle Open Day 2024 Tingkat Inovasi Dan Pertumbuhan Ekosistem Startup Di Sabah
Hutang Isi Rumah Negara Berjumlah RM1.53 Trilion
Harga petrol, diesel kekal