SABAH AUTO WORLD 2019 PAMER PELBAGAI MODEL KENDERAAN TERBAHARU …berlangsung pada 9 -11 Ogos 2019, di Kompleks Karamunsing

Joisin (2 dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil Boon Siew (Borneo) Sdn Bhd (pegedar tunggal kenderaan Honda), disakikan oleh Benjamin (kiri) serta staff Boon Siew.

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Ekspo Sabah Auto World 2019 yang berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos, di Kompleks Karamunsing memberi peluang kepada oramg awam untuk melihat lebih dekat model terhaharu pelbagai kenderaan.

Setiuasha Politik Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Joisin Romut sehubungan itu berkata, orang awam seharusnya tidak melepaskan peluang ini untuk mengunjungi ekspo tersebut.

“Selalunya kita terpaksa pergi dari satu pusat pameran ke satu pusat pameran yang berlainan jenama kenderaan semata-mata untuk melihat lebih dekat dan mengetahui lebih lanjut tentang  model baharu kenderaan dipasaran.

Tetapi hari ini, dengan adanya ekxpo atau pameran pelbagai jenis atau pun model kenderaan baharu, orang awam hanya pergi ke satu lokasi pameran untuk melihatnya,” katanya.

Saya mengucapkan syabas kepada pihak penganjur diatas inisiatif menganjurkan ekspo ini.

Sudah tentu exspo ini adalah satu platform hentian untuk orang awam mendapatkan peluang untuk melihat model terbaru jenama kereta terkenal bersama dengan promosi khas dari setiap pengusaha kereta yang menyertai ekspo ini,” katanya.

Antara model terbaru jenama kenderaan yang dipamerkan sempena Sabah Auto World 2019 yang berlangsung selama tiga hari itu ialah Ford, Volkswagon, Perodua, Mazda, Hyundai, Proton, Isuzu, Honda, Haval dan Borgward.

Joisin (4 dari kanan) menekan baton tanda simbolik pelancaran Sabah Auto World 2019, di Kompleks Karamunsing,  Kota Kinabalu

Joisin mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Panglima WilfredMadius Tangau melancarkan Edisi Ke-2 Sabah Auto World 2019.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Benjamin Lo berlata, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang pameran itu berlangsung antaranya, persembahan oleh pelajar dari Institut of Arts, sudut kanak-Kanak, peraduan mewarna untuk kanak-kanak, persembahan badut dan promosi #hashtag untuk kopi dan ais krim percuma.  Terdapat juga pengumuman daripada DJ semasa acara itu berlangsung iaitu promosi khas daripada para pengusaha kereta berkenaan.Ekspo ini disokong oleh Persekutuan Industri Sabah (FSI), Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM), Aristo Coffee-Signature Premium Coffee dan GA Space, dan Satah Insttute of Art (SIA).