Dua Agensi dibawah KPP buat pembayaran balik pinjaman

Madius menyerahkan replika cek bayaran balik Kerajaan kepada Shafie disaksikan oleh Bahari, Shaifuddin dan Richard.

Oleh: Janecarr Yado

KOTA KINABALU (Dewan Undangan Negeri): Dua agensi dibawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (KPP) membuat bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Negeri.

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM 7 Juta manakala Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) pula mebayar balik sebanyak RM5 Juta.

Madius menyerahkan replika cek bayaran balik Kerajaan Negeri kepada Shafie disaksikan oleh Bahari dan Melvin.

Penyerahan replika cek bayaran balik pinjaman Sedco dan KKIP kepada Kerajaan Negeri disampaikan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie bin Hj Apdal merangkap menteri Kewangan negeri.

Penyerahan replika cek bayaran kedua -dua agensi ini masing-masing disaksikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Bahari Hj Hassan, Pengurus Besar Kumpulan Sedco, Datuk Hj. Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Melvin Disimond.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *