Dua individu dicari bantu siasatan SPRM

PUTRAJAYA, 21 Feb – Dua individu sedang dicari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan mereka.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu pertama yang sedang dicari adalah Khor Jun Han atau dikenali sebagai Kevin, 32, beralamat terakhir di Nombor 15, Jalan 74/26, Taman Sri Rampai, Setapak, 63300 Kuala Lumpur.

Sementara itu, individu kedua yang sedang dikesan pula ialah Muhammad Nizamuddin Mohd. Iskandar, 20, beralamat terakhir di Nombor 3-2B, Jalan Desa 9/2, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu ini untuk menghubungi pegawai penyiasat, PPs Ahmad Nuri Muda di talian 017 204 7355 atau 03 5525 6500.