Oleh: Cyn J.
PENAMPANG, 21 Feb – Sebuah lori pembuangan sampah yang tiba-tiba rebah menghempap seorang mekanik ketika membaikpulih enjin lori berkenaan menyebabkan mekanik tersebut maut di tempat kejadian di Jalan Bundusan, hari ini.
Mangsa seorang lelaki berusia 58 tahun dikatakan dihempap “Hydraulic Dump” yang rebah secara tiba-tiba pada pukul 10.15 pagi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.23 pagi.
“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa masih terperangkap di bahagian enjin lori 10-tan berkenaan dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.
“Sebaik berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi dijangka tamat sepenuhnya pada pukul 11.20 pagi.
Sumber: DEASOKA

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK