SANDAKAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 menahan dua lelaki yang cuba membawa masuk bekalan ikan dari Pulau Boan, Filipina ke daerah ini menerusi Pulau Tabangka, semalam.
Kedua-dua suspek iaitu seorang warga tempatan berusia 42 tahun dan seorang warga asing berumur 23 tahun ditahan oleh anggota PGA yang membuat rondaan Ops Covid Shield, kira-kira jam 4.30 petang.
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 15 Sandakan, Superintendan Toipi Lamat, berkata ketika membuat rondaan, sebuah bot jongkong yang dalam keadaan mencurigakan dilihat bergerak dari arah Pulau Boan menuju ke Sandakan.
Katanya, bot terbabit berjaya dipintas sebelum pemeriksaan mendapati ia memuatkan tiga tong berisi pelbagai jenis ikan dianggarkan lebih 300 kilogram (kg).

“Suspek mengaku mengambil ikan dari negara jiran untuk dibawa ke daerah ini, namun siasatan lanjut mendapati mereka tidak memiliki permit sebagai peraih ikan.
“Kedua-duanya juga turut melakukan kesalahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini./BERITA SABAH

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK