Oleh Faizal Rahman
SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah menahan sebuah perahu membawa barang kawalan tanpa kebenaran di kawasan laut berhampiran sebuah kampung di persisir pantai sini, kelmarin
Perahu yang dijuragani oleh satu lelaki tempatan tersebut telah ditahan sebuah botronda PPM selepas didapati membawa lebih kurang 13 Jerikin berisi 25 liter petrol pada jam lebih kurang 6.30 petang.
“Minyak yang dibawa oleh juragan tersebut dalam keadaan mencurigakan selain menyatakan hala tuju yang tidak menentu.
Semasa pemeriksaan dilakukan juragan berkenaan gagal menunjukkan resit pembelian dan dokumen atau permit dari Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,” kata Komander PPM Sabah ACP Hj Mohamad Pajeri Ali.
Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawasan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan -Peraturan Kawalan Bekalan. Tangkapan dan rampasan di bawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya, tambah beliau.
Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkenaan aktiviti penyeludupan barang kawalan boleh salurkan butirberkenaan kepada Balai Polis yang berdekatan atau menghubungi talian Gerakan PPM IPK Sabah 088-454819.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK