Oleh Ahmad Tamrin
SEMPORNA : Sepasukan Unit Risikan Marin (URM) Polis Marin Semporna telah berjaya menahan sebuah perahu yang membawa lebih kurang 400 liter minyak petrol di kawasan laut Ambo Ambo Semporna semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Mohd Ali memberitahu bahawa perahu yang dijuragani oleh satu lelaki Bajau Laut berumur 35 tahun bersama satu anak perahu lelaki Bajau Laut berumur 25 tahun ditahan pada jam 6.30 petang.
Semasa ditahan perahu tersebut dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan dalam ruangan perahu tersebut terdapat lebih kurang 400 minyak petrol yang diisi dalam pelbagai saiz jerikin. Juragan tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri dan kebenaran membawa minyak petrol tersebut daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP), tambahnya.
“Dalam operasi tersebut sebanyak 12 jerikin, satu enjin sangkut dan satu buah perahu turut dirampas. Keseluruhan nilai rampasan yang dianggarkan berjumlah RM14,223.68 telah dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya,” kata Mohamad Pajeri.
Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan, jika sabit kesalahan boleh didenda RM 1 juta bagi perseorangan dan penjara tiga tahun, kata beliau lagi.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK