Dua PTI cuba masuk kena tangkap, kejadian di kalabakan

Dua pendatang tanpa izin (PTI) cuba menyusup masuk ke daerah ini berjaya ditahan anggota Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) di sempadan negara, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) yang menjalankan Ops Benteng di kawasan Serudong, di sini mengesan pergerakan suspek dalam keadaan mencurigakan.

Dalam kenyataan media rasminya, beliau berkata suspek dilihat cuba memasuki persempadanan negara menggunakan laluan yang tidak sah dari arah negara jiran.

“Semasa serbuan dilakukan, seorang daripada suspek terbabit berjaya ditahan dan disoal siasat manakala seorang lagi bertindak melarikan diri ke arah negara jiran.

“Bagaimanapun, suspek yang melarikan diri berjaya ditangkap kira-kira jam 9 malam semasa pasukan keselamatan menunggu bantuan kenderaan,”katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan berdasarkan rekod dokumen pasport mereka, suspek terbabit berumur 35 hingga 46 tahun dan telah memasuki negara ini kali kedua.

“Berdasarkan siasatan lanjut, mendapati kedua-dua suspek pernah ditahan dan dideportasi dari Malaysia pada 12 April baru-baru ini.

“Suspek menyatakan tujuan mereka memasuki Malaysia kerana mahu bekerja di kawasan perladangan sekitar daerah ini,”katanya.

Menurutnya, pasukan keselamatan tidak menemui barang terlarang bersama mereka dan kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan kami akan meneruskan atur gerak untuk mengesan dan menjejak sebarang pergerakan mencurigakan di kawasan sempadan bagi mengekang kemasukan PTI ke dalam negara Malaysia,”katanya. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *