Ini hari ada 2,331 kes baharu Covid-19 sama 5 mati

Kementerian Kesihatan melaporkan 2,331 kes baharu Covid-19 berbanding 1,832 pesakit pulih dan lima kematian.

Ini menjadikan 352,395 kes pulih daripada keseluruhan 372,859 kes Covid-19 dengan 1,370 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 19,094 kes aktif dengan 92 daripada 225 pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, iaitu 751 kes.

“Daripada jumlah ini, 623 kes (83%) daripada kluster dan saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia diikuti Sarawak dengan 512 kes, Kuala Lumpur (252), Kelantan (225), Sabah (163), Pulau Pinang (116), Johor (100), Negeri Sembilan (89), Kedah (45), Perak (42), Pahang (20), Melaka (sembilan), Putrajaya (empat), Labuan (dua) dan Perlis (satu).

Terengganu tidak melaporkan sebarang kes baharu.

Masing-masing dua kematian dilaporkan di Selangor dan Sabah, manakala satu lagi kematian direkodkan di Sarawak.

Semua kematian itu membabitkan warganegara berusia 61 hingga 86 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis serta jantung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *