EMPAT RUMAH HANGUS DI MEMBAKUT

MEMBAKUT: Empat keluarga hilang tempat tingal selepas rumah mereka di Kampung Lumantak, Jalan Bambangan, di sini, musnah terbakar, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 pagi.

Katanya, sebuah jentera bersama 14 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan api kebakaran.

“Menurut komander operasi, kebakaran membabitkan empat rumah jenis tidak kekal dengan keluasan 743 meter persegi yang musnah 100 peratus.

“Tindakan operasi pemadaman menggunakan sumber air tertutup dan sumber air terbuka daripada sungai berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 8.32 pagi sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Katanya, anggota berjaya menyelamatkan tiga rumah yang berhampiran.

“Kebakaran ini tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.30 pagi selepas pasukan operasi melakukan pemeriksaan akhir untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetus bahaya kebakaran,” katanya.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *