LAHAD DATU: Enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di Kampung Membatu, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dipercayai pemandu treler selepas kenderaannya terjunam kira-kira 20 meter ke dalam gaung
Sementara, lima lagi mangsa membabitkan dua lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta Proton Saga, selain pasangan suami isteri yang menaiki kereta Isuzu Dmax.
Identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti setakat ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah mengesahkan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.51 pagi tadi.
Katanya, semua mangsa dikeluarkan anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis.-http://beritasabah.com
More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK