PETER AKAN DIDAKWA ESOK

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony akan dituduh di mahkamah Kota Kinabalu esok.

Peter berkata beliau telah menerima waran pertuduhan itu yang didakwa berhubung pengubahan wang haram melibatkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) antara tahun 2012 dan 2013.

“Esok saya akan berada di mahkamah dan saya tidak ada masalah dengan perkara (tuduhan) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir kali kedua ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Peter hadir pejabat SPRM pukul 2.45 petang tadi ditemani peguamnya Cedric Choo sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM pukul 5.45 petang.

Semalam, Peter memberi keterangan selama sembilan jam di pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung bebrapa kes projek pembinaan jalan raya di negeri ini.-http://beritasabah.com