ENTAH APA YANG MERASUKIMU?

MASIH segar dalam ingatan yang semakin dimamah usia ini, hampir 30 tahun yang lalu, seorang rakan sekerja berkata: “Alangkah baiknya kalau dunia ini ada reset button.” Saya menoleh ke arah Joseph yang berasal dari Kampung #Bambangan, Inanam.
 
Dia kelihatan bersahaja dan selamba, namun, hasil persahabatan yang sudah agak lama terjalin, saya tahu dan percaya beliau sebenarnya bersungguh-sungguh dengan keluhannya itu. Dia mahu ada butang set semula, dia impikan reset button.
 
Keadaan sedemikian – agar wujud satu titik permulaan yang baru –  pernah terlintas di benak ini ketika ribut tropika dan banjir besar, #Greg melanda #Sabah terutama di Keningau dan #Pedalaman pada 26 Dis 1996. Hampir 200 orang terkorban, lebih 100 orang hilang begitu sahaja, lebih 3,000 orang tinggal sehelai sepinggang dan lebih 300 bangunan rusak dan musnah.
 
Tsunami kerana gempa bumi di #Sumatra, Indonesia pada ukuran 9.1 Richter scale pada 26 Disember 2004, yang menyebabkan lebih 230,000 nyawa terkorban di 14 buah negara termasuk #Malaysia juga memberikan kesan yang sama. #Tsunami itu dikatakan yang terdasyat dalam sejarah. Butang set semula?
 
Pada 5 Jun 2015, kebanggaan kita Gunung Kinabalu juga catat sejarah tersendiri apabila digegarkan oleh gempa bumi berukuran 5.9 #Richter scale, mengorbankan 18  nyawa pendaki dan malim gunung. Hingga ke saat ini, saya rasa takut setiap kali ada gegaran.
 
Beberapa hari lalu, siaran berita #CNN melaporkan, pakar kesihatan Amerika Syarikat meramalkan #COVID2019 akan menyebabkan 100,000 sehingga 240,000 orang di Amerika mati sekiranya mereka tidak dapat memerangi wabak virus itu sebaik mungkin. Kalau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), #lockdown dan sebagainya dilakukan hanya seperti melepaskan batok di tangga, mangsa akan bertambah sepuluh kali ganda; lebih dua juta orang di Amerika akan tewas oleh wabak #virus #corona.
 
Terus terang, saya merasa jengkel dengan sikap Presiden Donald Trump yang sejak dari awal mulanya wabak ini, sehingga kini, seolah-olah masih memperlekehkan kesan COVID-19 ini walaupun World Health Organisation (#WHO) sudah mewartakannya sebagai satu pandemik dua minggu lalu.
 
Entah apa perasaan #Trump, ditahap apa lagi keegoan beliau apabila melihat data terkini, bahawa di Amerika yang pada awalnya hanya mencatat sekelumit jangkitan, tetiba menjadi negara yang paling banyak kes dan saat #NURANI ini ditulis, sudah ada 277,533 kes yang disahkan iaitu yang tertinggi di dunia, menyebabkan 7,403  kematian dan 12,283 pesakit yang sembuh.
 
Perkembangan terkini keseluruhan menurut http://www.worldometers.info  mangsa #COVID sudah melewati angka sejuta kerana terdapat 1,132,734 orang yang positif virus di 205 daripada lebih 240 negara di dunia dan menyebabkan 60,355 kematian. Sedikit penghiburan, 235,992 pesakit yang dijangkiti virus itu telah sembuh sepenuhnya.


Malaysia sudah masuk hari ke-18 PKP. Menurut pihak berkuasa, #PKP kelihatan sudah berjaya #FlattenTheCurve sehingga ada penurunan kes yang sah dijangkiti. Hingga kini, 3,483 orang sah dijangkiti, menyebabkan 57 kematian, manakala 915 telah pulih. Di Sabah, sudah ada 225kes, satu kematian dan 33 orang yang sembuh.

PKP yang fasa pertama adalah daripada 18-31 Mac, namun sudah dilanjutkan sehingga 14 April ini.

Sebagaimana NURANI yang terdahulu, saya merasakan PKP ini dengan pengubahsuaian tersendiri akan dilanjutkan lagi, just to be on the safe side. Saya berpendapat demikian berlandaskan banyak kriteria yang kita perolehi melalui media masa. Antaranya, satu putaran atau #inkubasi itu  dikatakan memerlukan 14 hari; dan seseorang itu mungkin dijangkiti virus namun disebabkan daya ketahanan dirinya kuat, dia tidak akan sakit, tetapi carrier atau pembawa, dia masih boleh menjangkiti orang lain.
 
Pada masa yang sama, Dr Google membantu kita untuk melihat dan cuba memahami semua ini melalui perspektif yang komprehensif. Menurut http://ourworldindata.org data yang dikumpul sejak beberapa tahun lalu dengan jelas menyatakan sepuluh penyebab kematian terbanyak di dunia, setakat tahun 2017, adalah seperti berikut:
 
1.    Penyakit Kardiovaskular (17.79 juta kematian); 2. Kanser (9.59 juta); 3. Penyakit Resporatori (3.91 juta); 4. Infeksi Resporatori Bawah (2.56 juta); 5. Demensia (2.51 juta); 6. Penyakit Pencernaan (2.38 juta); 7. Neonatal Disorder (1.78); 8. Penyakit Cirit Birit (1.57 juta); 9. Kencing Manis (1.37 juta); 10. Penyakit Paru-Paru (1.32 juta); 11. Kemalangan Jalanraya (1.24 juta). Sila lihat carta agar lebih jelas.
 
Ya, data itu dikumpul sebelum sang COVID timbul. Time will tell bagaimana statistik dan carta itu kelak. Buat masa ini, yang jelas wabak itu termasuk dalam katagori penyakit pernafasan atau resporatori.
 
Yang menyebabkan COVID begitu mengerunkan ialah ia sesuatu yang baru, berjangkit secara sulit dan senyap dan dunia masih tercari-cari ubatnya. Itulah sebabnya PKP, lockdown, social distancing, duduk di rumah dan segalanya itu sangat-sangat penting untuk dipatuhi.
 
We do not know siapa yang sudah dijangkiti, siapa carriers, kecuali mereka itu sudah melalui pemeriksaan dan palis-palis sudah terlantar di hospital atau pusat-pusat #kuarantin..
 
Kalau penyakit berkaitan jantung dan barah, cara pencegahan, treatment dan ubat sudah tersedia sejak sekian lama. Demikian juga hampir semua 11 punca kematian dalam carta itu; kemalangan jalanraya, contohnya boleh dikurangkan sekiranya kita lebih berhati-hati, selain mempunyai rangkaian dan keadaan jalanraya yang baik.
 
COVID-19 pula seakan satu misteri; Trump memandangnya sebagai sesuatu yang  remeh; suami isteri di #Sipitang mungkin tidak percaya mereka akan dijangkiti atau menjangkiti orang lain; melihat ayam sabungnya bertarung jauh lebih indah daripada duduk dirumah bagi si kawan di #Ranau; sembilan belia di #Telupid tidak faham bahawa PKP itu melarang aktiviti bersukan seperti bermain sepak takraw.
 
Kebetulan saya ke sebuah supermarket di Bandar #Sierra tiga hari lalu; bagus, pihak pengurusan membatasi berapa orang yang boleh membeli pada satu-satu masa, justeru perlu berbaris menunggu giliran, sebelum masuk suhu badan diperiksa, tangan direnjis dengan sanitizer dan semua digalakkan menggunakan facemasks.
 
Yang sedih, ada beberapa kereta yang ada dua, tiga, empat hingga lima penumpang, termasuk kanak-kanak. Yang saya nampak jelas (ketika saya dalam barisan), satu kereta tiba. Ada lima orang di dalam lalu tiga orang dewasa daripada kereta yang sama, ‘berpisah-pisah’ dan ikut berbaris di giliran yang berlainan.
 
Sekali imbas, rasanya, dua orang itu adalah suami isteri, yang seorang itu anak dewasa mereka dan dua lagi kanak-kanak main game di handphone duduk dalam kereta.
 
Ketika saya keluar, saya nampak si suami baru mahu masuk kereta dengan beberapa plastik barangan, si isteri dan si anak belum ada dan yang main game berhenti kerana dihulurkan makanan; macam ice cream. Piknik oh!
 
Terdapat juga kisah benar yang menyayat hati. Kerajaan #Persekutuan dan Kerajaan #Sabah sudah mengumumkan pelbagai jenis bantuan antaranya pakej makanan percuma untuk mereka yang betul-betul terdesak dan memerlukan.
 
Tetiba, yang ada lebih dua kereta parking di rumah dan berpendapatan tetap, memohon untuk menjadi miskin. Ada juga yang secara mendadak mengaku tergolong dalam kategori miskin tegar. Marah-marah lagi, sehingga menularkan di media sosial kisah sedih mereka kerana belum mendapat bantuan. Entah apa yang merasuki kamu, kita, semua insan?
 
Si Joseph bercakap mengenai reset button itu kerana dia main game. If my memory does not fail me, game dia berkaitan bisnes, ada pembuatan, jual beli, memperkembangkan perniagaan, menjaga kebajikan pekerja dan bagaimana untuk terus berdaya saing. Mungkin, bila sudah semakin rumit dan rugi teruk, dia tekan sahaja reset button dan mula lagi sesi game yang baru.
 
Tetapi saya tahu, dia juga mahu ada butang set semula kerana ketika itu kami in the same boat, hidup agak susah, keadaan tidak menentu, dunia seakan dirasuki entah apa segala. Picit sahajalah reset button, macam rebooting komputer yang tiba-tiba tidak mahu berfungsi.
 
Joseph bagus, kerana dia sedar dia memerlukan reset button. Saya pun mahu tumpang juga, untuk tekan butang set semula.
 
Tsunami, si Greg, dan gempa #Kinabalu sepatutnya sudah membuat kita semua insaf dan sedar, untuk mula menjadi lebih indah menurut norma dunia dan juga akhirat.
Tapi ego kuasa, sabung ayam, main takraw, makanan free dan piknik begitu mudah mengelabui ketajaman sinar mata hati kita untuk terus melihat dan berjuang dilandasan yang sepatutnya.
 
Saya semakin percaya COVID-19 ini adalah reset button terkini di depan batang hidung setiap kita. Bezanya berbanding reset button si #Joseph dan segala itu, butang si COVID ini sudah pun di tekan. There is already a new beginning.
 
Terserah kita sahaja: Pasrah pada permulaan yang baru atau mahu terus selesa dengan permohonan menjadi miskin tegar dan berpiknik.
 
Maaf, reset button sudah ditekan. Please wait, do not shut down your computer of life. Sila duduk. Jangan lari. Mari terus bernafas./BERITA SABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *