Antara rokok seludup yang dirampas oleh anggota ESSCOM di sebuah kongsi di Kalabakan, Tawau kelmarin
Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah menahan seorang wanita warga asing kerana disyaki menyimpan 1,180 bungkus rokok seludup di sebuah rumah kongsi di Kalabakan pada Isnin.
Komander ESSCOM DCP Dato’ Hazani Ghazali dalam satu kenyataan berkata, bertindak atas maklum awam, sepasukan anggota ESSCOM yang diketuai oleh DSP Jaffry Othman telah menyerbu sebuah rumah kongsi yang terletak di dalam ladang sawit di kawasan sebuah ladang pada kira-kira jam 3.30 petang.
Beliau berkata hasil serbuan, anggota ESSCOM telah menemui sejumlah 1,180 bungkus rokok pelbagai jenama disyaki belum dibayar cukai kastam yang disembunyikan di dalam sebuah bilik di rumah kongsi berkenaan.
Antara jenis rokok yang ditemui termasuklah 340 bungkus rokok LA Merah, 300 bungkus rokok jenama premium, 160 bungkus LA hijau, 150 bungkus rokok apache, 150 bungkus rokok gudang garam, 50 bungkus rokok jenama menara dunia, 20 bungkus rokok jenama minna dan 10 bungkus rokok jenama premium hitam.
“Saspek adalah seorang wanita warga Indonesia berumur 40 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat dibawa Akta Kastam 1967”.
“Saspek bersama barang rampasan telah dibawa ke balai polis Kalabakan untuk tindakan lanjut”, katanya.
Dalam pada itu, Hazani berkata ESSCOM akan meneruskan operasi-operasi khas esscom seperti op gasak dan op bersepadu dalam usaha kita untuk mengekang dan membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti-aktiviti penyeludupan barang-barang kawalan dan bersubsidi termasuk rokok seludup terutamanya di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK