Sebahagian daripada 31 individu yang ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh Polis Sandakan baru-baru ini.
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Polis berjaya menahan seramai 31 individu dalam beberapa siri operasi di sekitar daerah ini antara Jun 21 hingga 29.
Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin berkata kesemua mereka yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dan trafik telah dibawa balik ke Balai Polis Sandakan untuk tindakan lanjut.
“Kesalahan-kesalahan berkenaan termasuk Seksyen 457, Seksyen 160 Kanun Keseksaan, Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) , Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Mohd Azhar.
Menurut Mohd Azhar, dua orang saspek berumur 19 dan 28 telah ditahan untuk membantu siasatan kes gaduh gempar yang berlaku di sebuah kilang papan di Batu Sapi pada Jun 26,
“Mangsa seorang lelaki berusia 20 tahun cedera di bahagian tangan kiri, akibat diserang dipercayai menggunakan senjata tajam oleh saspek,” kata Mohd Azhar lagi.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa dan saspek merupakan rakan sekerja manakala punca sebenar pergaduhan masih dalam siasatan, tambah beliau.
Kedua dua saspek juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, ditahan reman dan kes disiasat dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, kata Mohd Azhar.
Sementara itu, sebanyak 71 saman atas pelbagai kesalahan trafik telah dikeluarkan terhadap pengguna jalanraya dalam tiga Operasi berasingan oleh Bahagian Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan.
Operasi dijalankan dalam tempoh seminggu bermula Jun21 sehingga Jun 28 secara “total enforcement”, kata Mohd Azhar.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ