LABUAN: Seorang gadis berusia 18 tahun yang disyaki mengugurkan bayi kandungannya, ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Labuan, di sini, semalam.
Gadis terbabit ditahan pada jam 3.36 petang selepas pihak polis menerima laporan daripada pegawai perubatan hospital yang menyatakan suspek dipercayai mengambil sejenis ubat.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, siasatan awal mendapati gadis terbabit pergi ke Hospital Labuan jam 7.45 pagi untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, gadis terbabit datang ke hospital dan melahirkan bayi sebelum pihak hospital mendapati bayi itu sudah meninggal dunia.
“Suspek dipercayai mengambil sejenis ubat dipercayai untuk tujuan mengugurkan kandungan pada bulan Mei lalu dan kali terakhir pada selasa lalu.
“Mayat bayi lelaki cukup sifat itu seberat 1.04 kilogram dan dianggarkan berusia tujuh bulan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Muhamad Farid berkata, suspek kini masih ditahan di wad untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan.
“Sabit kesalahan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua -duanya sekali,” katanya.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK