SANDAKAN: Seorang penyamun yang dipercayai terbabit dalam dua kes samun di daerah ini berjaya diberkas, manakala seorang lagi masih bebas.
Lelaki berusia 34 tahun itu yang menyamun bersenjatakan pisau berjaya ditangkap di Jalan Singapore, kira-kira jam 10 malam, Isnin lalu.
Sebelum ditangkap, lelaki terbabit bersama rakannya dipercayai menyamun dua mangsa yang sedang berjogging di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Leila, kira-kira jam 5 petang.
Suspek dipercayai mengacukan pisau ke arah kedua-dua mangsa dan melarikan barangan peribadi dianggarkan bernilai RM1,000.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata sehari sebelum kejadian juga, suspek bersama rakannya dipercayai menyamun dua mangsa di gelanggang bola keranjang Parkview Villa, Bandar IJM, kira-kira jam 11.30 malam.
“Mangsa mendakwa ketika sedang makan di gelanggang itu, dua suspek yang menaiki kereta PROTON Saga FLX berwarna emas datang mengacukan pisau dan meminta mangsa serahkan barang milik mereka.
“Mangsa yang ketakutan menyerahkan barangan mereka termasuk telefon bimbit, cincin emas dan wang tunai bernilai RM6,160. Kita masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas,” katanya.
Mohd Azhar berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.-http://beritasabah.com

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK