KOTA KINABALU: Seorang pemilik kedai runcit di kompaun RM1,000 kerana kerana gagal meletak tanda harga pada barang yang dipamer iaitu tong gas petroleum cecair (LPG), di Tanjung Aru, di sini, hari ini.
Kompaun itu dikeluarkan selepas pemeriksaan terhadap premis terbabit oleh tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kota Kinabalu.
“Kedai runcit berkenaan didapati gagal meletak tanda harga pada barang yang dipamer untuk jualan gas LPG.
“Nilai sitaan RM375 dan kesalahan dilakukan mengikut Peraturan 3(1) Perintah Kawalan Harga (PHOPR) 1993 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” kata Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Sabah, Taha Julai.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Taha berkata, KPDNHEP akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan semua barangan kawalan dan barangan perlu ada di pasaran dijual pada harga kawalan serta berpatutan.
“Kegagalan meletak tanda harga boleh menyebabkan pengguna dieksplotasi oleh peniaga,” katanya./BERITA SABAH

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK