Gara-gara kasi buyuk dokumen , saturang lelaki kena denda RM24,000 di Kuala Penyu

Seorang peniaga dijatuhi hukuman denda RM24,000 kerana menggunakan tiga dokumen palsu untuk mendapatkan tender perkhidmatan membekal makanan bermasak ke sebuah sekolah di Kuala Penyu, hari ini.

Tertuduh, Afian Mohd Nasir @ Nasir, 51, dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Hukuman berkenaan diputuskan Hakim Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Abu Bakar Manat.

Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa menggunakan tiga dokumen palsu iaitu penyata akaun milik syarikatnya untuk mendapatkan kontrak berkenaan.

Kesalahan dikenakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama.

Mengikut seksyen berkenaan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dijalankan pegawai Clementine Severinus manakala tertuduh diwakili peguam Farazwin Haxdy & Associates. – Asia Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *