Geng gurun pecah rumah tumpas

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU, 25 Feb — Pasukan polis daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan geng gurun yang aktif melakukan jenayah pecah rumah di beberapa daerah di Sabah sejak tahun lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, ketua modus operandi yang dikenali sebagai “Gurun” telah ditangkap bersama beberapa orang ahlinya pada awal Februari ini.

“Geng ini diketuai seorang lelaki berumur 34 tahun yang berada dari gurun Kedah manakala ahli-ahli aktifnya ialah dua orang lelaki warganegara asing serta lapan orang warganegara Sabah.

“Mereka (geng gurun) telah melakukan 19 kes pecah rumah di daerah Kota Kinabalu termasuk dua kes melibatkan kecurian peti besi dan satu pistol jenis semi-automatik (glock),” jelasnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, pada Khamis.

Dalam pada itu, jumlah keseluruhan barangan yang dicuri mencecah sehingga RM520,000.

“Ini termasuklah barang berharga seperti komputer riba, beg berjenama, wang tunai dan barangan lain,” kata Zaidi.

Selain itu, barangan curi yang dipercayai telah dibeli oleh dua orang suspek dari Ampang, Selangor turut berjaya dirampas dengan anggaran jumlah rampasan tersebut sebanyak RM200,00.

Mengulas lanjut, Zaidi menjelaskan bahawa kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau kes pecah rumah, kes samun, kes penyalahgunaan dadah, pernah dijatuhkan hukuman atau masih dalam proses perbicaraan.

Selanjutnya, kes ini disiasat di bawah seksyan 457 kanun keseksaan.