KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas dipercayai maut selepas kenderaan dipandunya terbabas kemudian terjatuh ke dalam gaung di Jalan Ranau Bypass Kota Belud, berhampiran Kampung Tombotuan, di sini, pagi kelmarin.
Difahamkan, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Toyota Unser yang terbabas sendiri sehingga menyebabkan mangsa, Tambuanan Asang, berusia 75 tahun terjatuh ke dalam gaung sedalam 80 kaki.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Syazwan Latun, sepasukan anggotanya dikerah ke lokasi setelah mendapat panggilan kecemasan pada jam 8.07 pagi berkaitan kejadian ini.
Syazwan berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati seorang mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kenderaan.
“Bomba kemudian mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat, sebelum dibawa naik ke kawasan selamat menggunakan pengusung.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian akibat cedera parah dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi berjaya ditamatkan pada jam 10.06 pagi,” katanya ketika ditanya pemberita.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK