KOTA KINABALU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Latihan Kelawar 2024 bermula dari 1 hingga 10 Ogos 2024 di kawasan Op Pasir, Sabah.
Menerusi kenyataan Markas Tentera Udara hari ini berkata, latihan berkenaan membabitkan helikopter dan Pasukan Khas TUDM.
Katanya, Eksesais itu bertujuan memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal di samping memberi penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik serta ancaman pada waktu malam.
“Sepanjang eksesais berlangsung, helikopter TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di sekitar Tawau, Semporna dan Lahad Datu.
“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak cemas atau risau sekiranya melihat pesawat berkenaan terbang rendah sepanjang tempoh eksesais,” katanya. – Info X
More Stories
Miliki petrol tanpa lesen,dua lelaki didenda RM10,000 dan RM6,000 seorang lagi dipenjara
Wisma Putra ambil maklum kehadiran kapal tentera laut asing di EEZ Malaysia
Tiga individu diserang memerang ketika berjoging