Hanya Pandangan peribadi Ketua Wanita PKR Sabah: Donol

KOTA KINABALU: Kenyataan akhbar Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Puan Rahimah Majid mengenai isu keputusan Mahkamah berkenaan dengan Pengarah Jabatan Air adalah pandangan peribadi beliau sahaja.

Setiausaha Pengelola Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah, Sazalye Donol berkata, tidak ada perbincangan atau makluman kepada pimpinan utama parti tentang kenyataan yang dibuat Rahimah.

“Pihak Majlis Pimpinan negeri menyifatkan itu adalah kenyataan peribadi beliau dan tidak mewakili suara majoriti,” katanya dalam satu kenyataan, disini hari ini.

Sazalye, yang juga Ketua Biro Disiplin PKR Sabah berkata, sebagaiparti yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan negeri, setiap pemimpin digesa menggunakan saluran yang betul untuk menyalurkan pandangan supaya tidak mengeruhkan kerjasama baik diantara parti Keadilan dan Warisan.

“Sepatutnya beliau maklum bahawa Kerajaan Sabah ini terbentuk oleh gabungan kerjasama antara parti termasuk Keadilan. Menuduh Kerajaan negeri kehilangan kredibiliti bermakna mengaitkan parti sendiri,” katanya.

Sazalye berkata, sebagai Pegawai Khas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pusat Rahimah sepatutnya fokus dalam usaha memantapkan kerjasama dengan Kementerian dan agensi negeri agar penyaluran peruntukan dapat dioptimumkan dan mencapai objektif kementerian.

“PkR berpendapat bahawa Kerajaan Negeri terutama Ketua Menteri telah meminta pandangan terlebih dahulu daripada pakar perundangan sebelum membuat kenyataan berkaitan isu Pengarah Jabatan Air untuk meneruskan tugas sementara menunggu keputusan daripada Mahkamah Rayuan.

Sebagai Pengerusi Biro Disiplin Parti, kami sedang giat memantau kenyataan  yang dibuat oleh pemimpin dan ahli- ahli parti.

Saya mohon agar semua pemimpin dan ahli- ahli dapat mematuhi perlembagaan dan etika parti serta menghormati hubungan kerjasama antara parti,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *