Harga runcit petrol RON97 naik 1 sen manakala RON95 dan diesel tidak berubah, kata Kementerian Kewangan.
Harga petrol RON97 naik daripada RM2.73 kepada RM2.74 seliter.
Sementara itu, harga petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
Harga baharu itu akan berkuat kuasa dari 29 Julai hingga 4 Ogos.
Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.
Kementerian berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ