[ad_1]
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan bersama Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari (belakang dua, kiri) menyaksikan bertukar Memorandum Persetujuan antara Ketua Pegawai Operasi GAE Resources Sdn Bhd, Khairul Anwar Kamal (depan dua, kiri) bersama Pengarah Aspire Flagship Sdn Bhd, Mohamad Razif Abdul Wahad (depan dua, kanan) sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2019. Foto: NUR AIN SHAFINAS
Ia susulan daripada pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara HIS dan Akademi Halal di sini hari ini bersempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2019.
“Kerjasama ini membuktikan satu langkah sinergistik untuk kebaikan industri halal dengan cara menyokong sepenuhnya peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi perkembangan pengetahuan yang dipermudahkan bagi memajukan profesional halal bertaraf dunia,“ kata Ketua Pegawai Operasi HIS Zulkarnine Shah Zainal Abidin.
MoA itu menyatakan bahawa latihan halal bukan sahaja komprehensif, malah mudah diakses menerusi platform pembelajaran dalam talian Akademi Halal.
Menurut Zulkarnine, langkah strategik antara HIS dan Akademi Halal akan menyemarakkan lagi pembangunan modal insan industri halal di Selangor.
Komitmen HIS ke arah membangunkan profesional halal menerusi Program Kecekapan Teknikal Individu Halal akan melibatkan 40 modul untuk menghasilkan profesional yang holistik bagi memajukan industri halal pada masa depan.
Zulkarnine berkata kerjasama itu akan meningkatkan lagi usaha untuk meletakkan Selangor sebagai peneraju industri halal.
“Kami percaya MoA ini akan membantu memperkukuh usaha Invest Selangor dan kerajaan negeri bagi menarik pelabur dari seluruh dunia untuk melihat Selangor sebagai pemangkin pertumbuhan dan pembangunan dalam industri halal di rantau ini,” katanya.
Pada majlis menandatangani MoA itu, HIS diwakili Mohamad Razif Abdul Wahab manakala Khairul Anwar Kamal mewakili Akademi Halal, disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar