HOKI PIALA TUN ABDUL RAZAK – SABAH HANYA BARISKAN PEMAIN TEMPATAN

KOTA KINABALU: Persatuan Hoki Sabah (SHA) akan menghantar skuad yang kesemuanya dibarisi pemain tempatan bagi mengharungi kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak yang akan berlangsung di pada 18 hingga 26 Disember depan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh, berkata, 28 pemain telah dipanggil untuk menjalani latihan pusat untuk persediaan kejohanan yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu.

Menurut Anil, walaupun tidak memasang hasrat untuk menggunakan tenaga pemain luar, persatuan tetap yakin pasukan negeri mampu memberikan saingan yang terbaik.

“Daripada 28 pemain yang dipanggil, tujuh daripada mereka adalah pemain Sabah yang sedang berada di Semenanjung Malaysia manakala selebihnya adalah atlet dari pasukan hoki Sukma (Sukan Malaysia) kita.

“Kita tidak akan menggunakan tenaga pemain luar untuk kejohanan ini tetapi kita tetap akan memberi persembahan sebaik mungkin,” katanya.

Lima daripada tujuh pemain yang dimaksudkan adalah Abdul Khaliq Hamirin, Adrian Andy Albert dan Shello Silverius yang kini bersama pasukan senior kebangsaan serta Muhajir Abdu Rauf and Muhammad Saifuddin Azli yang berlatih dengan pasukan junior kebangsaan.

Dua lagi pemain ialah bekas pelatih junior negara Muhammad Faiz Mohamad Aseri yang menuntut di Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan juga Muhammad Salman Sudirman.

Pemain-pemain dari pasukan Sukma adalah Azril Peter, Granson Noel Goden, Nasrul Syahkhir Sadikul, Muhammad Izaz Afdhaal Junaidi, Muhammad Daniel Hakim Yusaini, Hamidi Jamaluddin, Ahmad Amza Masri, Chyreal Harvie Ahinin, Mohd Khairul Tadul, Muhammad Syamil Aiedzat Muhammad Ali, Noor Izzul Rahman Saliwangi, Norwelzicopool Norbert, Mohammad Azfar Mustaming, Abdul Hanief Haiqal Abdul Hamid, Yehzekoveen Rinol, Andywalfian Jeffrynus, Alves Christiano James, Muhammad Saiful Nizam Makaraseng, Muhammad Aiman Sarola, Waxry El Devynz Mashrinu dan Mohd Hasdar Haruna.

Anil seterusnya mengumumkan perlantikan setiausa SHA Avtar Singh sebagai pengurus pasukan dan dibantu oleh Azriansyah Ahmad manakala jurulatih pasukan adalah Hasrul Jideh dan Ahmad Nizam Yusof.

“Latihan pusat akan bermula selepas kita mendapat pelepasan daripada pihak-pihak yang berkenaan,” tambah Anil.

Untuk rekod, Sabah hanya akan menghantar pasukan lelaki ke edisi Piala Tun Abdul Razak tahun ini, di mana pasukan negeri akan membuat penampilan pertama selepas empat tahun tidak menyertai kejohanan itu.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *