CHARLAYNE WAKIL TUNGGAL SABAH DALAM SKUAD GOLF NEGARA

KOTA KINABALU: Kecemerlangan Charlayne Chong di lapangan golf terus mendapat perhatian Persatuan Golf Malaysia (MGA).

Charlayne yang menjuarai Kejohanan Golf Amatur Terbuka Sabah tahun lepas telah terpilih untuk menganggotai skuad wanita kebangsaan, sebagaimana yang diumumkan MGA di laman rasminya baru-baru ini.

Pengumuman itu juga menjadikan pemain berasal dari Kota Kinabalu itu sebagai wakil tunggal Sabah dalam skuad kebanggsaan untuk tahun 2020-2021.

“Saya sangat gembira kerana mendapat tempat dalam skuad kebangsaan untuk ketiga tahun berturut-turut.

“Sasaran dan harapan saya ialah untuk bertanding dalam kejohanan ASEAN, Asian dan kejohanan antara universiti dunia,” kata Charlayne yang akan menjangkau usia 18 tahun pada Ogos 2.

Charlayne yang pertama kali diserapkan ke dalam skuad perempuan negara pada usia 13 tahun pada 2015 telah mencatatkan persembahan memberangsangkan sepanjang tahun 2019.

Selain menjuarai kategori wanita di Kejohanan Golf Amatur Terbuka Sabah, adik kepada mantan pemenang pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Albright Chong itu juga menjuarai Terbuka Keningau tahun lepas.

Charlayne juga menjadi naib juara di Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan pada pertandingan Era Sport Hainan Junior Tour (Malaysia Leg) serta tempat ketiga pada Kejohanan Golf Terbuka Sarawak.

Dalam pada itu, pemain kelahiran Sarawak Timothy Lo yang berpengkalan di Kota Kinabalu juga telah disenaraikan MGA ke dalam skuad kebangsaan 2020-2021.

Skuad penuh lelaki MGA adalah Nor Heikal Hadi, Marcus Lim, Zia Izzuddeen Rashid, Rizq Adam Rohizam, Timothy Lo, Nateeshvar Ganesh, Zia Iqmal Abdul Rashid, Nor Harith Nor Hadi, Muhd Ikhmal Basry and Umar Kushairi, Ervin Chang, Rhaasrikanesh Kanavathi, Galven Green, Malcolm Ting, Bryan Teoh, Khavish Varman, Adam Ariff Madzri, Muhd Afif Fathi, Zubair Firdaus dan Lee Chong Li.

Skuad wanita pula dianggotai Angel Hii, Foong Zi Yu, Grace Chin, Ashley Goh, Nur Maisara Sa’ad, Charlayne Chong, Ashley Chin, Ng Jing Xuen, Maisarah Muhd Hezri, Nur Afifah, Puteri Alyaa Abdulghany, Natasha Andrea Oon, Mirabel Ting, Siti Zulaikha Shaari, Ashley Lau, Jeneath Wong, Winnie Ng, Jocelyn Chee, Liyana Durisic dan Audrey Tan.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *