IBU BUNUH DIRI BERSAMA BAYI

Oleh Wartawan BS
1 Februari 2020

LAHAD DATU: Seorang ibu bersama bayi perempuannya maut selepas dipercayai terjun dari tingkat enam bangunan Hospital Lahad Datu, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun terbabit dikatakan bunuh diri sambil mendukung bayinya yang baru berusia lima bula.

Berikutan itu, mangsa dan anaknya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala, kaki dan tangan

Ketua Pois Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata siasatan awal mendapati anak mangsa menerima rawatan di hospital berkenaan selama 11 hari akibat jangkitan kuman di bahagian paru-paru.

“Doktor yang merawat mengarahkan jururawat untuk menanggalkan oksigen pernafasan anak mangsa kerana pernafasannya sudah kembali normal.

“Mangsa kelihatan mendukung anaknya sambil berlegar-legar di kawasan wad sebelum meminta izin untuk ke tandas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dan bayinya ditemui oleh pengawal keselamatan di tingkat bawah dan dipercayai terjun dari tandas di tingkat enam dalam ketinggian 60 meter.

“Mangsa dan anaknya mengalami parah di kepala, tangan dan kaki. Kita kini sedang menjalankan siasatan mengenai punca mangsa bunuh diri bersama anak,” katanya.

Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dijalankan hari ini.