Kota Kinabalu : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin menyifatkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dapat mewujudkan kebersamaan, kesefahaman dan hubungan akrab antara ADUN tanpa mengira fahaman politik.
“Ini sebenarnya kita mahu, pemimpin tidak menyimpan perasaan peribadi atau rasa apa yang berlalu di masa lalu kita simpan.

“Yang berlalu, biarlah berlalu, kita lupakan dan harus melihat ke hadapan demi untuk negeri kita, anak-anak kita yang mewarisi negeri ini,” katanya ketika ditemui media selepas jamuan itu di DUN Sabah di sini, hari ini.
Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun (Dr) Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tusssin menjadi tetamu khas pada Istiadat pembukaan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri DUN Sabah itu.
Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.
Dr Yusof yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata, pemimpin hari ini harus meninggalkan negeri ini dalam keadaan baik, stabil dan membangun untuk generasi muda khususnya rakyat yang inginkan peluang pekerjaan, ekonomi lebih baik dan hidup yang selesa.
“Seharusnya semua tanpa mengira fahaman politik berganding bahu untuk membina Sabah yang maju mengikut kapasiti masing-masing bukan untuk memberi komen negatif atau apa saja dibuat kerajaan salah dimata orang lain.
“Ucapan berunsur fitnah, yang tidak berfakta, mencetus perselisihan faham, perkauman, mengungkit yang sudah tidak relevan kita jauhkan,” katanya.
Beliau yakin jika pemimpin politik, pegawai kerajaan, pemimpin Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bersama dan bersatu, Sabah boleh dibangunkan lebih cemerlang. –SABAH MEDIA
More Stories
Terima rasuah babitkan Rumah Mesra SMJ, Pegawai Kemajuan Masyarakat ditahan SPRM
623 Pati Filipina dihantar pulang
KPDN Sandakan siasat 15 kes seleweng barang kawalan