Jangkitan harian Covid-19 berkurangan kepada 3,080 kes baharu semalam berbanding 3,936 kes kelmarin.
Menurut data di laman sesawang CovidNow, ia membabitkan 3,079 kes penularan tempatan dan satu kes import.
Tujuh kematian direkodkan semalam, termasuk tiga kes melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Ini menjadikan keseluruhan jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,626,061 kes dan 35,862 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 42,185 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 57 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 37 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 96.3% atau 40,622 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 34 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,472 orang atau 3.5% dirawat di hospital.
Seramai 3,399 pesakit dilaporkan sudah sembuh.
Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal kepada 7,026 kluster, dengan 12 daripadanya masih aktif.
More Stories
Saya sedih tapi redha dengan pemergian anak kedua kami: Ibu
Covid-19: Trend tempahan slot vaksinasi diteliti
Tiada bukti kukuh sokong dakwaan air berkarbonat boleh diuji positif COVID-19 – MDA