Kanser berhubung kait dengan obesiti, masalah baru bagi Malaysia

[ad_1]

GEORGE TOWN, 3 Mac (Bernama) — Kanser yang berhubung kait dengan obesiti kini muncul sebagai satu masalah baru bagi Malaysia memandangkan negara ini adalah negara paling “obes” di rantau Asia Tenggara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, risiko seumur hidup seorang lelaki dan wanita di Malaysia mendapat kanser masing-masing dalam nisbah satu dalam sepuluh dan satu dalam sembilan orang.

Menurut Dr Lee, obesiti menduduki tempat kedua selepas merokok dalam hubungannya dengan kanser dan Malaysia adalah sebuah negara paling ‘obes’ dengan kelaziman obesiti mencatatkan 17.7 peratus manakala berlebihan berat badan mencatat 30 peratus.
…..



[ad_2]