[ad_1]
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri Azman Nasrudin berkata sehingga kini, 30 petani di negeri ini sudah mula menanam pokok durian jenis itu di tanah seluas 50 hektar sejak tahun lalu.
Beliau berkata projek itu yang dijalankan dengan pemantauan dan bimbingan daripada Jabatan Pertanian Negeri, dijangka mampu mengeluarkan durian sekitar 1,500 metrik tan per hektar dengan setiap hektar dijangka menghasilkan sebanyak 30 metrik tan.
Daerah Kulim, Sik dan Baling dipilih berikutan bentuk muka bumi serta tanah yang sesuai selain menggalakkan petani di Kubang Pasu, Padang Terap dan Yan untuk terlibat dengan tanaman durian jenis ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Durian 2019 di perkarangan Stadium Darul Aman di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Azman berkata kerajaan negeri mengalu-alukan lebih ramai lagi pemilik dusun di negeri ini membuat pemulihan semula dusun dengan beralih kepada pokok durian yang mendapat harga dan permintaan yang tinggi.
Menurutnya Jabatan Pertanian Kedah sedia memberi bantuan kepada petani menerusi cantuman pokok dewasa agar pokok tidak mengambil masa lama untuk berbuah dan memberi pulangan yang tinggi kepada petani yang selama ini bergantung kepada durian kampung yang dijual murah.
“Projek ini dijangka dapat menyaingi Pahang yang kini menjadi pengeluar utama durian bervarieti tinggi dan Jabatan Pertanian sedia membantu memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada petani terlibat, agar meningkatkan pendapatan mereka.
“Kita juga nak orang ingat bila nak makan durian Musang King boleh ke tiga daerah ini, kerana selama ini bila sebut Musang King mereka akan ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk menikmatinya,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar